Pengikut

Khamis, 14 Disember 2017

Sambal Udang Anak Petai

      Selamat tengah hari! jemput makan semua! hari ni masak simple je, sebab nak cepat2 siap pergi kerja kejap lagi. Anak-anak ada kat rumah cuti sekolah ni, kenalah masakkan?! Jimat sikit, kalau tak ke kedai je la kita ye tak.

Sambal udang petai aku



Resipi Sambal Udang Petai Aku, sama gak macam korang punya.

Bahan2
- udang ikutlah banyak mana korang nak masak
- petai sesedap rasa hihi
- bawang merah blander dengan sedikit belacan
- cili kering yang dah di blander
- air asam jawa
- garam, gula dan perasa secukupnya

Cara2
- tumis bawang hingga naik bau
- masuk cili yang telah dikisar tadi kacau rata. masak sehingga cili garing ( kalau korang dah bersin2 tu dah cukup dah tu)
- masuk air asam jawa kacau rata
- nampak macam dah nak mendidih tu masuk udang, petai dan perasa
- tengok sambal dah mendidih, udang tu macam dah masak,  dah la tu boleh tutup api...siap!




try ye..

Jumpa lagi


Sabtu, 11 November 2017

Colmar Tropicale Bukit Tinggi Part 2

Ni bahagian 2, baru checkout pastu nak bergambau waktu siang pula, sekali start hujan renyai-renyai daa.. Korang layan gambau je lanye nk tulis panjang mengenai tempat ni, tak mampu la, busy sangat.

Selamat Pagi

Jom Sarapan pagi

Japanese Village Bukit Tinggi

Cerita petang semalam di Japanese Village Bukit Tinggi sebelum hujan melanda. 😂😂 Kalau tak hujan semalam, banyak lagi gambar menarik yang boleh diambil lagi. Nanti bolehlah datang sini lagi, tak jauh pun senang je nak datang sini.

Colmar Tropicale Bukit Tinggi Part 1

Cerita semalam, best la kat sini, tempat cantik dan menarik,  makanan pun sedap-sedap belaka. Cuma sekarang musim hujan so perjalanan terhad sikit, harap esoknya ok la kan.. Harap dapat datang sini semula aamin.

Ahad, 23 Julai 2017

Jemput Sarapan

Selamat hujung minggu, Sarapan simple hari ni, homemade Roti John, tapi..mana johnnya?!!!

Sabtu, 3 Jun 2017

Service Kereta

     Selamat petang semua, dah 8 Ramadhankan?! Tak lama dah nak raya, masa ni la aku terhegeh-hegeh baru nak service kereta. Ye la..kang nak balik Kampung ke, nak jalan jauh ke keta buat hal pula, mana nak cari makanik time2 raya ni. Wal hal kereta tu dah lebih beberapa ribu kilometer dah tu, ku biarkan tak berservice begitu sahaja.
      Korang jangan buat macam aku ye, service la kereta ikut jadual yang ditetapkan. Jangin ikut macam aku ni, service kereta ikut suka hati dan ikut duit poket yang ada ke idok.. He..he.

                                    Jumpa lagi...

Sabtu, 27 Mei 2017

Selamat datang Ramadan 2017

      Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku menikmati Ramadan pertamaku tahun ini. Semoga diberkhati amalan ku ini Aamin.