Pengikut

Selasa, 10 Mac 2015

Hokkaido Chiffon Cake Aku..

      Assalammualaikum.. jom makan Hokkaido Chiffon Cake aku ni. Aku buat minggu lepas..1st time buat ni, sedap gak kek ni ekk. Aku bukan apa, tang kastard tu yang aku tak gemau tu..tekak ni tak boleh masuk bab kastard2 ni, tak tau lak boleh tukar dengan whipp cream, kalau aku tau dah lama aku letak whipp cream pastu aku tabur buah..amacam?!!! heee.. Jom lah tengok resepi yang aku dapat ni, siapa tuannya pun aku tak tau, kalau tuannya ternampak resepi dia kat blog aku ni..tq ye sebab share resepinya ni.. Layan Album aku ni please!!!


Hokkaido Chiffon Cake Aku..







Ni aku memandai-mandai letak coklat la pulak..




bahan A
4 biji kuning telur
20g gula aising (aku rasa tambah lagi sikit gula ok kot, ke aku jenis kuat manis he..he.)
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sk esen vanilla
15g tepung jagung*
55g tepung gandum*
secubit garam*
 (ayak semua bahan *)

bahan B
4 biji putih telur
30g gula aising
1/2 sk cream of tartar

bahan C (kastard)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung kastard
1 sb mentega
4 sb gula pasir
200ml susu segar
1 biji telur

cara2:
- satukan kuning telur, gula pukul hingga berkrim.
- masukkan esen vanilla, susu segar, minyak & bahan ayak kacau sebati. ketepikan.
- pukul bahan B hingga kembang @ mcm bertanduk
- masukkan bahan B tadi sikit2 dalam aduan tepung tadi, kup balik-balikkan je, sampai rata & sebati.

kastard
-campurkan semua bahan dalam periuk, menggunakan api perlahan, kacau hingga pekat & tak berketul serta pekat.
- paipkan atas cupcake yang telah sejuk tadi.
s

Nampak tak putih telur tu? dah bertandukkan?! cam tu ler...hehe.


Tada!!!





Jumpa lagi..





1 ulasan:

NEKCIK berkata...

Uuuuiiii sedap nyer..mai seketol