Pengikut

Rabu, 14 Januari 2015

Rich Strawberry Pudding

Fuhhhh! Panas betul kat luar umah ni! Salam hujung minggu para pembaca & bloggers semua..
Petang yang panas ni jom makan Rich Strawberry Pudding jap.. Makan sejuk2 lak tu..baru keluar dari peti ais ni..sejuk je menelanya. Selalunya aku buat perisa coklat..kali ni wat strawberry pula la..resepinya sama dengan resepi aku buat Rich Chocolate Pudding dulu...cuma tukar strawberry emalco je.. Layan Album aku ni ye..

Rich Strawberry Pudding aku..



Resepi:

2 sudu kecil Strawberry emulco 
1 cawan gula ( ble kurangkan sikit)
1/2 cawan susu tepung (X letak pun)
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan
masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Bila dah sebati semua bahan..tapis & tuangkan dalam acuan anda.

Nak buat bentuk yg kecil2lah...senang nak ngap!!!

Bye-bye



Tiada ulasan: