Pengikut

Sabtu, 24 Januari 2015

Apam Susu

      Selamat pagi! Jom breakfast dengan kuih Apam Susu aku ni. Dah lama aku nak buat Kuih Apam Susu ni, hari ini baru lah mendapat. Dah lah senang sangat nak buat Apam Susu ni, sedap pulak tu, bahan2 pun tak banyak. Lepas ni kalau nak buat Breakfast atau minum petang, korang buat ni je, minum dengan Teh O panas... mmmm...sadap! (ber philippine kita ye..he..he). Resepi aku dapat dari Fb..tapi aku tak ingat dari group mana..maaf ye tuan resepi, tapi sedapppp sangat, macam kek pun ada..tq ye puan resepi.

Kuih Apam Susu aku..

Lembut tu! baru keluar dari Peti Ais..sejuk lagi..tapi masih lembut lagi tau.



Bahan2:

4 biji telur grade A
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil asen vanilla
1 cawan susu pekat
1/4 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum (diayak)
pewarna ikut suka anda

Cara2:

- Campurkan semua bahan kering, kecuali minyak jagung, blend hingga kembang
- Dah kembang baru masukkan minyak jagung, pukul lagi hingga kembang & sebati
- Masukkan tepung ,kacau hingga sebati.
- Kukuskan 30minit @ hingga masak


Masukkan semua bahan kering, blend hingga kembang..

Bila dah kembang..masukkan pula bahan kering..blend hingga sebati..masukkan dalam acuan & kukuskan.

Sekali acuan aku kecil daa..ngam2 je..bedal lah! aku malas nak tukar acuan lain! he..he.

Hah kau! nasip baik Kuih Apam aku tak melimpah keluar!


Tada! dah siap..

Tang colour kuih aku tu..aku memandai-mandai je letak colour kat bahagian bunga2 & daun2 acuan tu..lepas tu baru tuang adunan & bakar.


Jumpa lagi!


1 ulasan:

SEINDAH SENYUMAN berkata...

pernah buat tapi x naik kembang..
mmg sedap dan habis licin walaupun x naik kembang...

sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com