Pengikut

Rabu, 12 November 2014

Kepah Lala Mak Mertua Ku

     Errrr...actually bekas Arwah Mak Mertua aku le. Masa aku masih bersama keluarga Arwah dulu..salah satu masakkan kegemaran dia ni la. Dia kata dia belajar dari kawan dia ke atau jiran lama dia dulu, aku tak ingatlah.ni cerita lamaaaaaaaa nun dulu..apa nama masak ni pun aku tak tau. Waktu tu anak2 dia suka makan lauk ni, so aku pun terjebak suka gak la. Sekarang menurun ke salah seorang anak aku, dia tak boleh nampak lauk ni & Sambal Goreng Tempe. Itu la yang dia sebut kalau pergi kedai makan lauk campur, dia tanya dulu.. 'tempe @ lala ada tak?' ikut suka dia lah ye. Lauk ni senang kan nak buat..sesuailah untuk orang2 yang busy cam aku ni kan! So layan Album masakkan aku ni ye... 


Kepah Lala version aku..

Nisbah bahan2 yang diperlukan..
Buang biji Cili Masak tu, blander semua sekali, pastu tumis sampai garing hingga naik bau..

Masukkan Santan kacau jap, masukkan Lala & Sawi, kacau hingga masak, letak perasa..

Dah siap!!!


See u...


Tiada ulasan: