Pengikut

Khamis, 13 November 2014

Happy Birthday Mak & Abby

      November adalah bulan yang penuh dengan hari lahir ahli keluarga & kengkawan. Jenuh gak kalau nak calebrate sengsorang kan?! Contohnya ni..Mak & Abby berkongsi tarikh yang sama..iaitu pada 06hb November..so sambut sekali lah ye..baki birthday pada tengah & akhir bulan..kita wish2 je la ye..he..he. Sebenarnya bukan buat ape pun..simple2 je..ajak adik-beradik serta kawan tempat kerja je..tu pun adik-beradik tak semua yag dapat datang..ada yang jauh dan sebagainya..tapi tak pe..dimaafkan..ha..ha.
      So aku nak share Kek yang aku buat pada hari itu, patutnya aku buat 3 biji Kek..tapi masa tidak menyebelahi aku..untuk sambut Birthday orang yang ke 3..so lain kali lah ye.. Layan Album Birthday aku ni ye..



Untuk Kek aku menggunakan resepi yang biasa aku guna tu, untuk krim Red Velvet kali ini aku mencuba krim dari blog azie kitchen..memang terbaiklah..respon yang aku dapat memang bagai yang azie kata...Best Ever Cream Cheese Frosting..


Best Ever Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak (aku kurangkan sedikit gula aising tu..ikutlah manis yg korang nak)

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.















Jumpa Lagi..


Tiada ulasan: