Pengikut

Sabtu, 12 Julai 2014

Kari Ayam Ala Pasama

      Guys! korang dah fikir ke nak masak lauk apa untuk buka puasa petang ni?!..apa kata korang masak Kari Ayam ala Pasamah ni?! Nampak macam masak Ayam Palembang kan?! macam masak kari kan?! tapi bukan..biasala.. bahan2 lebih kurang je, ada tambah tu..kurangkan ni. Tapi walaupun tambah satu bahan..tapi rasa dia lain beb.. kesedapan dia berbeza..terasa dan sedap tau kalau ikut betul2 resepinya..yang penting sedap!


Kari Ayam Pasama Version Aku..

Bahan2:

1 ekor ayam
3 biji bawang merah (bukan bkecil tau)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(hiris bahan2 diatas)
4 sekawan (kayu manis, b.lawang, b.cengkih, buah pelaga)
4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara2:

-panaskan minyak, masukkan 4 sekawan tu
-masuk bahan2 yang dihiris hingga kekuningan
-masukkan rempah kari dan kerisik hingga pecah minyak
-masukkan ayam dah sedikit air masak seketika (kacau selalu untuk mengelakkan rempah hangit tau)
-masukkan santan dan sedikit air
-masak hingga kuah pekat


Bahan2 untuk menumis..

Masukkan rempah dulu biar pecah minyak..

Masuk ayam dulu biar sebati dan kering sikit..

Baru masuk santan pekat tadi..masak hingga pekat sikit..

Tada..dah keringkan?! 
Kuahnya tu..slup! cicah roti ke..cuk kodok ke..lempeng ke sedap tu!


Bye-bye..



Tiada ulasan: