Pengikut

Sabtu, 28 September 2013

Cameron Highland 2013

      Fuhh! fuhhh! fuhhhhhhh! banyak lak habuk kat sini.. Assalammualaikum pembaca kesayangan..dah lama kiranya aku tak menjenguk blog aku ni, bukan je berhabuk...citer terbaru, filem terbaru, kontroversi terbaru, makanan @ masakan terbaru pun aku tak tau. Ada ke?!!!.he..he.. Aku Bukan apa...nak kata bz sesangat, tak le bz mana pun, ni gara2 penyakit 'M' yang melanda semenjak 2 menjak ni... MALAS!!! ha..ha..
      Saja nak citer..baru2 ni aku pergi ke Cameron Highland, seumur hidup itu la baru pertama kali aku pergi ke situ. Dulu bila teringin nak pergi, tapi bila memikirkan tak tahu jalan..malas la nak sesat, pastu jalan yang bercorner2 lak tu...takut mabuk lak aku ni kang, pastu dengan kejauhannya lagi..letih nak drive lagi, akhirnya..terpendam je la hasrat nak ke situ..anak2 pun dah syok2 citer..pastu frust je bila aku cencel. 
      Tapi ni dah ada orang nak bawa, alhamdulillah! Kak yati la tu! (geng menjahit aku) cakap masa aku jumpa dia di kedai jahitnya di Giat Mara Taman Keramat.. "Boring lak, esok jom pergi Cameron Highland?!" katanya "Gila apa" aku cakap! tak plan, pastu tetengah bulan lak ni! aduh!!! "Senang je jalannya, pastu kita pergi hari je..saja nak tengok2" katanya. Aku pun tanpa fikir panjang, dah ada orang nak bawa, lepas dah kautim dengan anak2..apa lagi..sesudah subuh berangkat la aku & anak2, kak yati dengan anak saudaranya ayu serta anaknya atiqah ke Cameron Highlang.hu..hu..Tapi...kata orang kat situ sejuk..tak sejuk pun! he..he. Layan je album aku ni ye..

Tempat pertama yang aku lawati..
Lavender Garden.



Cantiknya bunga-bungaan di sini..bila la nak ada rumah yang penuh dengan bunga mcm ni?! hu.hu..


Abby & Atiqah (anak kak yati)








Tempat kedua..Rose Park.

  




Penat Ooo..kitorang mendaki bukit Rose Park tu..maklum la..
makin muda..
Baik ada tempat rehat yg. comel & sejuk kat dalam tu, landing jap!





Makan Aiskrim di Strawberry Park..


Budget time..bawa bekal sendiri ye..


Dah petang..sebelum balik baru la kami membeli buah tangan untuk di bawa pulang..
Shopping time! murah Oooo kat sini! gila aku! hu..hu..

Ladang Teh Cameron! indahnya permandangan...hmmmm.


Ni Ladang Teh gak, tapi aku tak ingat.. Ladang Teh Boh kot! 
Sedap Ooo Teh kat sini.


Sebenarnya banyak tempat yang aku pergi, semua sekejap2 belaka sebab tak cukup masa. Tu yang kadang lupa nak ambil gambar. Tapi insyaallah lain kali aku plan betul2, tidur sana, baru la puas berjalan, ye tak?! Ni antara keindahan yang ada di atas hampir puncak Cameron Highland. 
















Kepada Kak Yati.. Terima Kasih!
 Bye..bye..