Pengikut

Rabu, 24 April 2013

And I Love U So By Sam MILBY

Selasa, 23 April 2013

Sukan Tahunan SRIM Desa Melawati 21hb April 2013


       'Satu sukan, satu murid' itu yang pihak Kementerian & Sekolah cuba untuk laksanakan di Sekolah2. Iye ke?!!! Hmmm...untuk murid2 yang macam anak aku ni..tah la. Yela Abby tak macam kakak2nya, tak macam rakan2 kelasnya yang lain, pandai, aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Abby memang aktif tapi apabila dia bersama keluarganya atau kenalan aku di tempat kerja (sebab memang disitu la mereka duduk sehingga aku habis kerja) atau apabila berjumpa dengan sepupu-sepupunya. Mungkin sebab dia dah biasa atau lebih mengenali kami lebih rapat berbanding dengan kenalanya di Sekolah. Macamana nak definasikan Abby ni yeh!...Abby suka buat hal dia sendiri, tah la..aku tak tahu macam mana dia di Sekolah, tapi aku dapat bayangkannya. Walaupun Cikgunya pernah berkata abby ok je, selain dia lambat nak salin apa yang Cikgu tulis di Papan Hitam serta habiskan kerja Sekolah dia.. dia memang buat hal dia sendiri..tu yang membuat hati seorang ibu ini risau..tah mana dia pergi? rehat dengan siapa? ada ke dia best friend? ada ke bebudak yang menggangu dia? dia tak pulak pernah mengadu apa2..sedih pulak hati ummi ni.
      21hb april 2013 yang lepas hari sukan Sekolah dia, Abby langsung tak ambil apa2 bahagian. Yela tahun ini Abby dah tahap 2, dah tak ada dah acara yang macam susun menara ke, isi air dalam botol tu semua. Mungkin Cikgu2 tgk dia lambat kot, pastu tak boleh bawa kemenangan untuk Rumah Sukan mereka, sebab tu la murid2 yang macam Abby ni tak berpeluang nak bersukan yang hanya setahun sekali tu! Tahun2 sebelumnya ada gak Abby masuk, paling2 pun satu acara, tak la dia merasa terpinggir & merayap sana-sini dan yang penting dia tak menyebabkan rumah sukan mereka kalah okay, sebab terbukti dia menang juga! Aku faham la...pada Sekolah2 yang bilangan muridnya ramai, memang la tak kisah kalau anak2 kita tak ambil bahagian atau mewakili  rumah sukan mereka, tapi Sekolah ni bilangan muridnya tidak ramai, murid yang lebih kecil pun terkedek-kedek lari boleh masuk acara atau masuk kawad. Paling2 pun lari dalam guni tu ke, lari berhalangan tu ke, kan Abby pernah masuk semua acara tu?! Hmmm...tak pe la yang penting anak aku beriya-iya bangun pagi, sebab 'nak juga pergi Sekolah sebab hari ini ada sukan ' katanya..yang penting semangat nak bersukan dan berada bersama rakan2 di hari sukan Sekolahnya masih ada. Aku sebagai Ibunya serta kakak2nya juga akan tetap bersama, menyokong, membantu dan membimbing Abby dalam meneruskan perjalanan untuk mencari tempat di dunia dan di akhirat nanti selagi terdaya...inssyaallah. Layan je la gambar2 ni ye...

Abby breakfast dulu ye..nanti nak sorak kawan2.


Abby: "mana diorang ni?"

Amboi cekak pinggang! apa yang di fikirkan tu yeh?! agaknya..."ini aku pun ble buat apa!" he..he..

Abby: "meh la abby ganti!"

Ketua rumah sukan membawa Bendera rumah sukan masing2.
 


 Acara pertandingan kawad.
Rumah Kuning.


Rumah Merah.


Rumah Biru.


Rumah Hijau..Rumah Abby ni..
 


Khemah Rumah Hijau & Biru

Khemah Rumah Merah & Biru

Khemah Rumah Merah.





Khamis, 11 April 2013

Oreo Peanut Butter Cheese Cake

       Assalammualaikum bloger semua, semalam aku buat Oreo Peanut Butter Cheese Cake. Punyalah lama aku mengidam nak buat sendiri Cheese Cake ni, baru semalam aku mental giler2 punya nak buat gak kek ni hari ni!!! he..he.. Resepi ni aku ambil dari rancangan tv "Nigella Kitchen". Aku memang minat Nigella ni, sebab dia ni masak sempoi pastu dia ni jenis suka makan (macam aku gak la).
      1st time buat Cheese Cake Nigella ni..best la..tak muak pun makan banyak2 & yang penting tak bau susu, maklum la aku tak minum susu. Ni aku tulis resepi Nigella yang aku guna untuk korang bandingkan dengan resepi yang biasa korang  guna..enjoyyy!!!

 Oreo Peanut Butter Cheese Cake
 

 Oreo Peanut Butter Cheese Cake

bahan A:-
200g biskut yang dikisar (aku guna biskut oreo)
100g coklat chip
50g butter yang telah dicairkan
50g peanut butter

cara:-
campurkan sebua bahan diatas gaul hingga sebati, masukkan dalam loyang pembakar, tekankan biar padat.
simpan dalam peti ais selama 2 jam.

bahan B (krim):- (aku guna separuh je bahagian krim ni sebab aku tak suka sangat makan cheese. sebab tu kek aku rendah je kan!!)

500g cheese cream
100g sour krim
3 biji telur
3 biji kuning telur
200g gula halus
50g peanut butter

op: aku tambah 3 sudu besar tepung supaya aku makan tak la rasa cheese sangat.

cara:-
campurkan semua bahan, pukul sampai kembang, tuangkan dalam loyang biskut yang dipadatkan tadi.
bakar170C selama 50min (bergantung pada oven masing2.

bahan C (krim):
250g krim
100g coklat masakan yang dicairkan
30g gula perang

cara:
campurkan semua bahan krim tadi, tuangkan atas cheese cake yang telah masak tadi, masukan dalam oven selama 10 min dan biarkan sejuk serta bolehlah di hidang..

 200g biskut oreo yang aku dah buang krim kat tengah tu..

blander halus biskut tadi

campurkan bahan A

 biskut yang telah di padatkan

tuang bahan B

 tuangbahan C diatas kek yang telah masak tadi

nyam..nyam..

tada!!!

jumpa lagi yarrr!!!

Rabu, 10 April 2013

Demi Waktu - Ungu



Sabtu, 6 April 2013

Minum petang meh!!!

      Fuh! fuhh! fuhhhh! mak ooi! bersawang dah blog aku ni! Tak ada maintenance ker?! He..he.. Assalammualaikum...bloger kesayangan ku semua..berkurun dah rasanya aku tak keluar rumah..busy memanjang roman ehh. Memang busy pun..terutama apabila menjadi ibu2 yang bekerja ni kan?!  Inilah kehidupan seorang wanita..
      Ni pun aku slamber badak je ni menaip waktu kerja he..he..sorry bos! Semenjak 2 menjak ni tak banyak aktiviti yang aku buat, selain duk melawat expak mertua yg masuk hospital baru2 ni.. Yang lainya..rutin biasa je..masak pun jarang dah.
     Ni saje je la aku post kan gambar minum petang aku makan donut dengan anak2 kat j.co ioi mall.. Best gak..aku lebih suka big apple..tapi ikut je la anak2..yang penting..enjoyyy!
      

Best gak kalau ada taman macam ni ekk!!


Pilihan anak-anak..

3'E disini yo!